Assalamualaikum,
Selamat pagi untuk semua yang bekerja dan masih tidur di rumah. Asyik nak berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman Asyik menyertai salah satu telemovie yang akan disiarkan pada penghujung tahun ini di TV9. Kalau ada yang follow Asyik di facebook dan Instagram mungkin dah tahu tentang hal ini. Tapi untuk mereka yang belum tahu, disini Asyik nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman menarik bershooting bersama Kash Pictures.
Bagaimana dapat join telemovie ini ialah bila kawan kepada Giorgio Izas yang bekerja di situ ingin menjemput blogger untuk turut serta dalam telemovie tersebut sebagai extra casting. Bukan free tapi dibayar. Berbaloilah juga unutk sehari bayarannya. Dapat pula berlakon bersama Pekin Ibrahin, Siti Saleha dan Tengku Nurhanis. Bila bertemu dengan artis ini kadang-kadang kita takut juga nak tegur sebab masing-masing ada sikap tersendiri yang kadang-kadang buat kita kurang selesa. Tapi bila berborak dengan Pekin Ibrahim, alahai dah macam kenal lama pula. Tak sombong dan nice sangat-sangat. Thank you Pekin sebab sudi melayan kitaorang yang baru mencari pengalaman ini.
Seramai 10 blogger yang dijemput menyertai casting telemovie ini. Nak tahu tahu lebih lanjut kenalah tengok gambar dibawah. Picture can explain everything.

Pekin Ibrahim dan Siti Saleha digandingkan dalam telemovie ini.

Masa ini datang untuk tengok tempat dan briefing sedikit sebelum bawa blogger lain datang ke lokasi. Lokasi bertempat di Empire Damansara.



Hari pertama shooting bersama Pekin Ibrahim.

Masing-masing menunggu sebelum shooting bermula. Dah sampai kemalam jadinya.

Baju ketiga Asyik untuk hari tesebut. 3 kali tukar baju tau. Penat rupanya jadi pelakon ini. Baru jadi extra casting.

Siti Saleha sebagai Bibah.

Lokasi yang sangat cantik.

Kami semua disuruh memakai pakaian formal seperti mahu ke pejabat.


Which one is the bos? hehe. Me me me.

Before start shooting. Nervous okay.

With Syafiqah dan Fana. Blogger yang turut serta.

Me, Fana, Syafiqah, Deq Noor dan Zura. Pelakon tambahan wanita.

Syafiq, Giorgio, Broframestone, Eazy, dan Syukri. Pelakon tambahan lelaki.
Alhamdulillah semua dapat merasai pengalaman sebagai pelakon tambahan. Terima kasih Kash Pictures. Nantikan telemovie Kisah Sebenar Bibah pada penghujung tahun ini di TV9. Boleh tengok muka Asyik dan blogger-blogger lain berlakon. kih2. Untuk gambar waktu berlakon Asyik tak boleh nak share semua. Kalau nak tengok boleh add Asyik di facebook Asikin Izas or Instagram @asyikizas.
Till Next Entry.
xoxoxo