Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

The Hunger Games: Catching Fire

$
0
0
Assalamualaikum,
The Hunger Games one of the best movies yang sempat Asyik tengok pada tahun ini. Cuma sedikit kecewa dengan endingnya yang tergantung. Tapi sudah pasti bila filem yang tergantung jalan ceritanya akan ada sambungannya nanti. Kita tunggu dan lihat. Asyik tengok movie ini di Paradigm Mall pada Ahad lepas bersama Giorgio. Sebelum tengok movie singgah makan dulu di UncleK. Boleh tahanlah makanan kat situ. Mungkin nampak hebat sebab dalam Paradigm Mall. hehe. Jom baca sedikit sinopsis The Hunger Games : Catching Fire ini.

Nasi Arab menjadi pilihan. 

Sinopsis


Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan rasa marah pada Presiden Snow yang menyifatkan itu satu tindakan mencabar Capitol dan mampu membangkitkan pemberontakkan dikalangan penduduk-penduduk di daerah-daerah lain.

Tibalah Hari Jelajah bagi juara iaitu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark. Daerah pertama yang mereka lawati adalah ‘District 11’ dimana rakan sekutu Katniss yang telah mati iaitu Rue. Di situ telah bermula sesuatu yang diluar jangkaan mereka, seorang penduduk yang telah tua membunyikan tiupan dan mengangkat tangan sebagai simbol sokongannya terhadap tindakan Everdeen. Tapi malang, Orang tua tersebut serta-merta dihukum bunuh dan menaikkan lagi api kemarahan penduduk-penduduk lain.

Setelah selesai kesemua daerah mereka lawati itu menandakan bakal bermulalah Pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-75. Apa yang lebih memeranjatkan mereka kali ini adalah terdapat perubahan dari segi pemilihan peserta. Apakah perubahan yang dilakukan itu? Adakah cabaran kali ini lebih dashyat? Adakah Katniss akan berjaya dalam perjuangannya? Saksikan di Pawagam sekarang (Source). 4 bintang untuk filem ini.





Till Next Entry.
xoxoxo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles