Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Reunion Setelah 11 Tahun Tamat Sekolah

$
0
0
Assalamualaikum,
Sambungan dari entry Birthday Celebration with BFF tempoh hari. Kali ini reunion dengan kawan-kawan sekolah Asyik. Setelah hampir 11 tahun tak jumpa baru-baru ini dapat berjumpa semula. Sebenarnya diaorang dah rancang lama nak buat reunion ini tapi baru tahun ini dapat buat, biasalah semua dah kerja dan berkeluarga, masing-masing sibuk. Sebelum reunion Asyik ikut BFF Asyik ke Sri Iskandar, Perak untuk wedding bos dia. Boleh dikatakan kat situ semuanya India Muslim. Bos BFF Asyik itu memang orang India tapi Islam. Layanan diaorang memang terbaik, dah macam kenal lama dah dan makanan pun memang sedap. Wedding itu diaorang buat di D'Hotel Sri Iskandar. Dulu Sri Iskandar ini tempat Asyik menimba ilmu. Tak sangka pula sekarang dah maju siap ada hotel bagai. hehe. Waktu belajar dulu boleh dikatakan kebanyakan kawasan hanya ada hutan dan tanah merah jea tapi sekarang dah maju betul. 

Me and BFF.

Cuba teka yang mana satu pengantin perempuan? Of coz bukan Asyik. hehe. Yang baju pink hitam itu lah pengantinnya. Cantikkan. Meriah baju diaorang ini. Keesokannya pula semua berkumpul di Batu Feringghi, Penang untuk reunion yang dinantikan. Asyik cuma sempat bersekolah dengan diaorang selama setahun lebih ajer waktu di tingkatan satu dan dua dulu. Lepas itu Asyik dah pindah ke sekolah lain. Walaupun dah berpindah sekolah kitaorang tetap baik.

Ini semua kawan-kawan sekolah Asyik. Tinggal dua orang jea yang belum kahwin yang lain dah selesai. Anak yang paling ramai dah 3 orang. hehe. Dalam group ini ada 2 orang yang sama birthday dengan Asyik. Yang pegang baby dan sebelah dia itu.

Seronok tau dapat jumpa semula kawan-kawan lama.


We share same birthday.

Semua makanan diaorang dah sediakan. Rajin betul masak macam-macam. Budak lelaki yang dlm gambar kat atas ini anak BFF Asyik. Dah besar tau. Asyik ini dok menjaga anak tekak jea. he3

Ini baby yang terbaru dalam group tadi. hehe. Comel tau budak Aqeef ni.. Baru 3 bulan jea.

Nampak apa benda itu? Banana Boat!

Yes, banana boat! Sebab apa tiba-tiba ada banana boat pula. Sebabnya kitaorang nak naik banana boat beramai-ramai.

Pertama kali ok macam apa lagi kelam kabut. ha3..Yang dua orang di depan itu pelancong dari jepun yea.

Yes we are ready to fly. 

Memang semua menjerit tak ingat dunia. Kelakar juga naik banana boat ini.

Part paling tak boleh lupa bila dah nak habis. Semua dah relax sebab boat dah slow tapi tiba-tiba semua yang naik banana boat itu terpelanting ke dalam air. Kelakar giler tak pasal-pasal jatuh dalam laut. Asyik siap tertelan air laut yang masin itu. Gelabah satu hal kaki tak sampai ke tanah. Tak reti berenang lah kiranya ini.

Kenangan manis yang sememangnya tak boleh dilupakan. InshaAllah kalau boleh nak buat lagi aktiviti macam ini. Best sangat-sangat. Gambar terpaksa diconteng begitu disebabkan masalah teknikal. ha3. Reunion kali ini memang terbaik. 

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles