Assalamualaikum,
Untuk sesiapa yang sangat mahukan berus gigi yang mempunyai tahap membersihkan yang extreme, korang boleh cuba Systema Spiral 0.02mm Extreme Clean. Asyik dah cuba dan sememangnya menjadi kegemaran Asyik sekarang. Dari dulu Asyik memang suka dengan berus gigi jenama Systema sebab berusnya halus dan mencuci gigi dengan bersih. Tapi bila ada Systema Spiral ini memang bertambah suka lagi nak guna. Istimewanya berus ini ialah kerana hujung berus yang tirus yang boleh menembusi lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi serta bahagian yang paling sukar dicapai dan berus ini kurang memberi tekanan pada gigi dan gusi. Jadi kita boleh memberus dengan selesa.

Berus gigi ini dapat membersihkan 40% lebih plak dari berus gigi biasa ini kerana filamen yang berbentuk hexagon dipintal menjadi spiral yang membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan. Pemegangnya pun mudah dipegang dan tak mudah licin. Asyik memang suka berus gigi ini. Korang mesti kena cuba juga yea.

Price : RM8.90
Rated : 5/5
Till Next Entry.
Love, Asyik.