Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Look Post : Mixed Prints

$
0
0
Assalamualaikum,
Selepas trip ke Melaka bersama Nuffnang kali ini Asyik ke Melaka dengan family pula. Dah lama mak Asyik tak ke Melaka jadi dia teringin sangat nak jenjalan kat sana. Jadi bawalah sekejap ke sana. Memang waktu itu bertolak dari Puncak Jalil pun dah lewat dalam pukul 3 petang macam itu. Sememangnya plan cuma nak ke Port Dickson tapi Mak Asyik nak sangat ke Melaka. Walaupun lambat sikit sampai tapi masih sempat shopping dan bergambar. 

Banyak dah berubah Bandar Melaka ini, macam-macam barang dah ada jual. Ramai sungguh orang kat sana, ini semua sebab cuti sekolah agaknya. Sebenarnya banyak lagi tempat kat Melaka ini belum pernah pergi tapi bila pergi mesti akan pergi di kawasan A'Famosa. Tempat popular kan. Masa ini Asyik pergi dengan mak, adik, dan tunang adik Asyik jea. Seronok juga walaupun sekejap. Cuaca pun sangat baik haritu PANAS!. hehe

Tempat wajib bergambar. Asyik lagi selesa sekarang pakai skirt, mungkin senang dan bebas untuk bergerak bagi Asyik.
Yang ini pula tempat yang selalu singgah untuk beli barang souvenir. Yang kat belakang tengah bergambar itu adik Asyik yea.
Shawl yang Asyik pakai makcik bagi dari Mekah. Sangat selesa bila pakai. Memang dah banyak kali ada dalam look post ini. 
Tops pula dari jenama Step Girl. Murah jer tops itu. Skirt yang Asyik gemar pakai itu dari La Shaz (boleh tengok di instagram La Shaz). Ini pun dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Bag pula dari Marie Claire. 
Pemandangan sungai berdekatan Hard Rock Cafe. Meriah sebenarnya.
Asyik cukup suka tengok beca kat Melaka. Kebanyakan dihias dengan Hello Kitty. Bila malam pula lagi cantik sebab ada lampu menghiasi beca itu. Kreatif betul diaorang ini.
Dah malam sikit lepaskan penat dan ambil sejuk aircond dalam Melaka Megamall ini. hehe
Sebelum balik sempat makan di Haji Musa Medan Ikan Bakar , kalau tak salah di kawasan Alai, melaka. Orang Melaka nak belanja kita terima ajer. 
Dari kiri tunang adik, adik dan Asyik, pastu orang yang belanja makan iaitu merangkap business partner mak Asyik dan kawan-kawan mak Asyik dalam business. Terima kasih banyak-banyak yea. Semoga murah rezeki korang. Trip yang pendek tapi seronok. Masa untuk pulang dan menghadap jalan jammed yang teruk. Bye bye.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

*Tak sabar nak post entry pasal Kim Jong Kook tapi belum sempat edit. Tunggulah yea.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles