Assalamualaikum,
Seperti biasa Asyik suka berkongsi dengan korang item-item yang Asyik beli. Yang mungkin korang akan berminat untuk dapatkannya juga. Tapi point utama not too expensive lah all the items. All the items yang Asyik beli memang betul-betul digunakan dan kebanyakannya dah nak habis pun digunakan bulan ini. hehe.

For the first time Asyik cuba koleksi makeup dari jenama COLLECTION. Asyik cuba lipstick, compact powder dan mascara. Yang lain semua okay kecuali lipstick mereka. Warna dia cantik tapi bila apply pada bibir texture dia agak kasar disebabkan oleh ada bling-bling pada texture itu. Agak kurang selesa bila apply pada awalnya tapi bila dah lama guna warna dia memang cantik sebab bibir kita nampak shining sikit. hehe



Compact powder dari COLLECTION setakat ini Asyik puas hati. Hampir separuh dah Asyik guna. Texture lembut dan sesuai dengan kulit Asyik. Cuma dia tak sediakan sponge sekali jadi nak guna kena beli sponge sendiri yea.



Last dari COLLECTION ialah DOES IT ALL Waterproof Mascara. Ini pun best juga sebab bulu mata tak bergumpal bila pakai. Cantik dan nampak macam natural.


PIXY Cleansing Lotion barang wajib untuk guna setiap hari. Mudah untuk tanggalkan makeup dan kotoran dimuka tanpa ada sisa-sisa atau warna hitam yang tinggal. Habis semua dia sapu licin dan tak pedih kalau disapu pada bahagian mata.

Parfume ini Asyik beli waktu jalan-jalan kat Publika. Nampak comel dan unik dan baunya memang Asyik suka. Segar dengan bau buah-buahan. Harga pun murah jea. Ini pun dah tinggal separuh kot Asyik guna.

HANNA'S SECRET satu lagi produk baru yang Asyik cuba. Bau wangi tapi kurang tahan lama. Asyik beli 3 item ini dalam RM180. Boleh beli kat AEON.

Wajib setiap bulan akan beli shawl. Shawl yang terbaru Asyik suka dari ZAWARA. Dua warna ini yang Asyik tertarik untuk beli.

Perincian yang ada pada shawl ini yang buat Asyik jatuh cinta.


Bag fushia ini beli masa jalan-jalan di Kelantan. Mudah nak bawa barang untuk pergi kerja dan tahan lasak.

Purse yang cute ini sudah semestinya Asyik beli sebab warna dia comel dan Asyik memang dah takde purse yang cantik. haha. Semua dah nak reput. Nampak sangat kan selalu buka purse!

This cute handbag Asyik beli dekat event di Subang. Dapat dengan harga RM20 saja. Itu yang Asyik terus ambil dan cantik satu hal.

Last sekali necklace ini. Unik dan tali dia boleh dipanjangkan. Harga dalam RM15++.
Setakat ini itu jea yang dapat Asyik kongsikan.
Till Next Entry.
Love, Asyik.