Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Product Review : Ostania Mangosteen Amrita

$
0
0
Assalamualaikum,
Dengar nama Ostania Manggis Amrita macam agak pelik tapi jangan pelik sebab sesuatu yang bagus untuk diri kita bermula dengan hanya buah manggis sahaja. Sebenarnya Ostania Manggis ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali yang membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan kita. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai 'ratu buah', minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.
Menurut kajian yang telah dijalankan, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kandungan antioksidan-nya yang tinggi.

Fakta OSTANIA
- Nilai ORAC antioksidan 14186.98
- Tiada tambahan gula
- Tiada pewarna tambahan
- Mengembalikan tenaga
- Pemuliharaan kesihatan
- Fungsi terapeutik
- Anti-penuaan
- Pemanis semulajadi (buah)
- Membantu penghadaman
- Anti-kanser
- Anti-inflamasi
Nilai antioksidan dalam makanan di ukur dalam unit ORAC (Oxegen Radical Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan dan kebolehan untuk meneutralkan radikal bebas. Ostania mempunyai nilai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Fakta Saintifik Ostania
Manggis (Garcinia Mangostana L.) mempunyai kandungan kelas Xanthones semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit manggis. Xanthones adalah sejenis antioksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada Vitamin C dan Vitamin E.
Selain dari itu kelebihan Ostania ialah mempunyai potensi terapeutik seperti anti alergi, anti radang, anti tuberculosis. anti tumor, membantu sistem pernafasan, sistem imunisasi, otot dan sendi dan juga kardiovaskular.

Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Membantu melawan kanser adalah salah satu daripada khasiat baik Xanthones. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor.

Uniknya, Xanthones juga mampu merendahkan paras LDL (kolesterol) dengan menghalang LDL dari teroksidasi dengan radikal bebas dan sekaligus menghalang pembentukan kolesterol di dinding salur darah arteri dan aterosklerosis.
Keseluruhan daripada percubaan Asyik sendiri, minuman ini sedikit masam tetapi rasa dia tak pelik pun memang rasa buah-buahan yang sangat bagus untuk badan kita. Jus yang pekat dan sesuai untuk minuman sejuk. Setelah hampir 2 botol Asyik minum alhamdulillah badan bertenaga kalau ke tempat kerja. Waktu tengahari itu memang takdelah mengantuk macam selalu. Asyik suggest korang untuk beli minuman ini.
      
Kalau ada yang nak cuba boleh terus hubungi mereka melalui laman sosial yang mereka ada atau terus daftar dan beli di sini Furley Bioextracts.

Twitter: fuleyb
Instagram: furleybio

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles