Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

OOTD Eid Mubarak 2015

$
0
0
Assalamualaikum,
Aidilfitri tak meriah kalau tanpa keluarga disisi dan juga tak seronok kalau takda makanan yang sedap-sedap. Tahun ini raya aidilfitri Asyik sambut buat pertama kalinya dengan suami dan keluarga mertua. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Untuk raya pertama, kedua dan ketiga Asyik beraya di Kelantan. Raya pertama ini kena meriah sikit dan pakaian pun mesti lah nampak lain dari biasa. hehe. Asyik pakai jubah dari Jakel dan tudung dari Hajra. Selesa sangat dan mudah nak bergerak. Jubah ini menggunakan kain satin pada bahagian bawah dan tweed yang di penuhi dengan jahitan berwarna emas pada bahagian atas.
Untuk raya kedua Asyik pakai jubah dari Jakel lagi dan shawl dari Cala Qisya. Jubah kali ini mempunyai tiga warna peach, yellow dan light brown dan Asyik sepadankan dengan tudung berwarna peach.
Untuk raya ketiga Asyik gayakan baju kurung moden berwarna pink belacan. hehe Kalau korang nak tahu baju raya Asyik tahun ini semuanya dari Jakel. Pergi Jakel sekali jea pastu banyak pula yang berkenan jadi beli lah untuk mak dan mak mertua sekali. Raya ketiga masih di Kelantan dan selepas kenduri kahwin seorang blogger pada raya ketiga, Asyik bertolak balik ke kampung halaman pula di Penang. Kenduri kahwin blogger itu nanti Asyik share yea.

Akhir sekali baju raya keempat macam biasa dari Jakel juga tapi kali ini untuk nampak lebih santai Asyik gayakan dengan kardigan. Tudung pula dari Elsa Theory. Okay itu saja kot yang boleh kongsi dengan korang. Gambar raya yang lain nantilah Asyik kongsi. Masa sangat-sangat mencemburui Asyik sekarang. Memang entry ini dah lama ada dalam draf tapi baru sekarang boleh publish. Nampak tak busy disitu. hehe. Banyak lagi entry yang disimpan sabarlah yea korang semua. Terima kasih sebab sudi membaca.

Till Next Entry.
Love, Asyik. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles