Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Minyak Pati Geranium

$
0
0






Minggu ni saya pilih minyak pati Geranium sebagai Essential Oil Of The Week.

Selain daripada minyak pati Rose, Geranium antara minyak pati bunga-bungaan pilihan saya sebagai seorang wanita.

Minyak pati geranium digunakan oleh orang Mesir untuk mempromosikan kulit yang cantik dan berseri.

Hari ini, minyak pati Geranium ini sering digunakan dalam minyak wangi dan juga produk penjagaan kulit mewah.

Ia dihasilkan daripada bunga wangi yang berasal dari Afrika Selatan dan diperoleh melalui proses penyulingan yang teliti, aroma manis, dan wangian bauan bunga Geranium dapat digunakan secara topikal dan aromatik.

Selain itu juga, minyak pati Geranium boleh ditambah ke dalam losyen, sabun mandian cuci badan, dan set penjagaan rambut untuk meningkatkan aroma dalam produk penjagaan diri anda.

Oleh kerana minyak pati Geranium mempunyai pelbagai manfaat, anda juga boleh membaurkan minyak pati Geranium untuk dapatkan suasana yang damai di ruang tamu atau ruang meditasi.

Selamat mencuba dan kongsikan feedback anda di media sosial untuk manfaat rakan sekeliling juga!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 420

Trending Articles