Assalamualaikum,
Seperti yang anda semua boleh lihat di sidebar blog ini ada satu bahagian yang tertera logo Tudung Asyik. Di situ terjualnya pelbagai jenis tudung yang boleh anda beli. Tudung segera, selendang, malah tudung separuh bulan pun ada. hehe. Kali ini Tudung Asyik telah bekerjasama dengan jenama tudung Dalila yang kian popular sekarang ini. Tudung yang mereka jual memang mempunyai kualiti yang bagus dan selesa dipakai dan disebabkan itu Asyik rasa sesuai untuk berkongsi dan menjualnya di Tudung Asyik. Jom tengok apa yang menarik.

Dalila Shawl Zulaikha. Selendang yang menggunakan kain chiffon yang berkualiti tinggi, mudah dibentuk dan stylo bila dipakai.Harganya RM69 (free postage) memang berpatutan kerana mempunyai material yang baik serta bidang yang besar.

Buat masa sekarang kita hanya mempunyai warna ini sahaja. Dalila Shawl Zulaikha (green black) dan (brown).


Gunakan code seperti yang tertera diatas sewaktu membeli.
Koleksi kedua ialah Halfmoon Shawl Plain. Pelbagai warna dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan buat masa sekarang Tudung Asyik hanya mempunyai warna-warna yang tertera dibawah. Harga RM39 (Free Postage) dan menggunakan material chiffon yang berkualiti tinggi serta tudung mudah dibentuk dan tidak panas.

Warna yang tertera mungkin sedikit berbeza dari warna asal tapi jangan risau semuanya berkualiti tinggi.






Untuk code 07 dan 08 mungkin anda nampak ia sama tetapi sebenarnya warna 07 agak gelap sedikit dari 08.


Selain dari Halfmoon Plain, Tudung Asyik juga ada mengeluarkan Halfmoon Polka Dot. Warnanya ialah turquoise polka dot pink. Harganya lebih murah iaitu RM35 (Free Postage).


Ini antara halfmoon plain yang sempat Asyik gayakan sewaktu keluar. Mudah dipakai dan senang dibentuk.

Untuk yang mahu melihat koleksi tudung yang lain boleh ke facebook page Tudung Asyik dan boleh membeli dengan hanya Whatsapp ke 011-23426247. Pastikan code yang digunakan adalah betul supaya tiada kekeliruan nanti. Selamat bershopping yer semua.
Till Next Entry.
Love, Asyik.