Quantcast
Channel: Asyik Maiburogu
Viewing all 420 articles
Browse latest View live

Year End Giveaway by Anis Athia

$
0
0
Assalamualaikum,
Selalunya kita dengar year end sale tapi kali ini year end giveaway pula. Tuan blognya comel, kecil molek jer orangnya. Baik hati pula sebab sudi buat giveaway selalu. Ada sesuatu yang menarik yang membuatkan Asyik pun teringin nak join. Sebelum ini memang Asyik dah banyak set brush tapi set brush dari Baviphat ini sangat menarik. Lengkap dengan bag yang cantik dan feminin gitu.

Hadiah yang lain pun tak kurang hebatnya. Kalau menang bukan setakat dapat Baviphhat brush set tapi anda akan dapat.........

THE PRIZES : 
RM100 for most supportive blogger
Baviphat Brush Set
Clinique turnaround instant facial masque, 15ml
Clinelle Blackhead Control Gel, 15ml
RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask
YADAH cleansing nose pack X 3
Crabtree & Evelyn Lavender body lotion, 5ml

Banyak tak hadiahnya? menarik juga kan. Kalau ada yang teringin nak bersaing dengan Asyik untuk dapatkan hadiah menarik ini. Cubalah join juga. hehe



Click HERE kalau nak join.

Till Next Entry.
xoxoxo

11-12-13 Beautiful date with great activities

$
0
0
Assalamualaikum,
Semua pasti tahu tarikh hari ini memang sangat cantik. Bertuah pada orang di Selangor sebab dapat cuti umum. Sesiapa yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur terpaksalah datang kerja walaupun tinggal di Selangor. Tapi takpe Asyik suka sangat datang kerja hari ini sebab kat tempat kerja ada buat potluck. Dan Asyik dengan bangganya nak bagitahu yang Asyik memang tak bawa apa-apa makanan pun. hahaha.. Orang bujang memang tak masak kat rumah *alasan untuk orang malas. Sebenarnya Asyik dah tahu rakan sekerja yang lain pasti akan bawa makanan yang sangat banyak. hehe. Datang makan jer hari ini. 

Boleh pilih nak makan apa. Makanan Turkish, Indian, England, Malaysia, Uzbekistan dan banyak lagi. Semuanya ada. Seronok juga bila bekerja dengan orang bukan dari Malaysia ini. Kita boleh cuba makanan diaorang. Ada yang boleh telan ada yang tak boleh. Tapi memang Asyik dapat merasa banyak makanan yang sedap hari ini. Terima kasih Ya Allah untuk rezekimu yang melimpah ruah. Bersyukur sangat.

Meet my close colleague.

We are from different country here.


Cheese cake ini jer yang sempat ambil gambar dalam keadaan yang masih baik, yang lain dah licin.

Dapat pula invitation card dari student year 2 tadi. Esok dapat makan lagi, layanan dari student year 2. hehe. mesti comel jer.

Till Next Entry.
xoxoxo

Cantiknya Majlis Perkahwinan JovianNina

$
0
0
Assalamualaikum,
Sekarang sedang berlangsung majlis perkahwinan Jovian Mandagie dan NinaIsmailSabri. Jovian mandagie adalah salah seorang pereka fesyen yang sangat berbakat di Malaysia. Pandai pilih tarikh yang cantik 11.12.13. Banyak gambar yang cantik di upload di instagram mereka sekarang. Tergugat pula tengok. hehe. Tahniah kepada pasangan pengantin dan tahniah kepada prettypeektures kerana hasil karya yang sangat hebat ini.






Photography by PrettyPeektures

Till Next Entry.
xoxoxo

Miss You Cameron Highland

$
0
0
Assalamualaikum,
Cameron Highland antara salah satu tempat yang Asyik suka kalau nak pergi bercuti dalam Malaysia. Tempat sejuk dan cantik. Yang penting udara nyaman jer. Tambah pula kalau dapat beli bunga-bunga yang mekar harum yang dijual fresh kat sana. Best oooo.. Bila pula dapat peluang macam cuti tempoh hari. Lepas balik ke Penang waktu cuti raya apa ntah, sebelum balik KL singgah Cameron Highland.

Memang tak plan langsung nak ke Cameron Highland tapi ada orang itu suka buat surprise. Dari rumah family Asyik kat Penang bertolak dalam tengah hari, esoknya Asyik dah kerja. Jadi sempat pergi sekejap jer Cameron Highland. Dalam perjalanan nak ke KL, Asyik memang tidur ajer. Konon nak simpan tenaga esok nak kerja. haha. Tidur nyenyak bukan main, bila buka mata nampak jalan macam lain jer, tak macam highway pun. Mata tutup balik, tengah fikir sorang-sorang. Mana pula Giorgio ini nak pergi kan. Nampak jalan ini macam nak ke Cameron Highland jer. Haishhh biar betul.

So, pura-pura tidur lagik. Sampai dah bosan pura-pura tidur, bangun buat muka tak tahu pape. hehe. Pastu tanya nak ke mana ini? Giorgio pula jawab SURPRISE!!! kita pergi Cameron Highland. Alasan dia boleh ke sini sebab jalan jammed teruk kat highway. haha. Asyik pun pura-puralah YEAYYYYY..Cameron Highland...wehuuuuu...kah3.. padahal dalam hati dari tadi dah seronok gilahhh..

Tempat pertama yang disinggah. Memang selalu akan singgah sini kalau datang Cameron Highland.

Ambil gambar sikit buat kenangan datang pertama kali bersama ke Cameron Highland. haha


Kitaorang terlama sangat kat sini sampaikan banyak kedai dah tutup kat tempat lain.

Sempat masuk kat sini jer. Nak ke Strawberry Farm dah tutup. Nak beli bunga pun dah takde. huhu. Tengah plan nak datang lagi ini.

Malam pula hujan. Makan dulu steamboat kat Hotel Titiwangsa sebelum gerak balik ke KL. Bestttt. Banyak sayur kat sini. Tapi kenyang melampau juga. Rindu pula nak ke sana lagi. Cameron Highland tempat syokkk kalau nak bercuti. Sekejap pun jadilah. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo

Gurney Paragon, Penang

$
0
0
Assalamualaikum,
Gurney Paragon tempat baru yang terdapat di Penang. Tarikan utama apabila ke Gurney Drive. 
Gurney Paragon is set to be the new premier shopping, entertainment, office and luxury residential address in Penang. It is a mixed development comprising a 700,000 sq ft shopping mall, an office tower, and two high-end residential towers. It is located on Gurney Drive, a beachfront esplanade that enjoys stunning ocean views and cool sea breezes.

But most uniquely, it is built around and inspired by the former St. Joseph's Novitiate - converted into St. Jo's, an area for stylish restaurants and cafes steeped in the architecture of Penang's heritage. Sangat menarik kerana senibina yang dibina mengekalkan keunikan Pulau Pinang. Can't wait to be there again this month.


My Lovely family. Bawa Giorgio berjalan-jalan kat Penang.


Seriously suka sangat dengan tempat ini.





We love you Penang. hehe

Till Next Entry.
xoxoxo

Look Post : Sparkle Ombre Scarf

$
0
0
Assalamualaikum,
Sparkle Ombre Scarf ada yang milikinya? Glitter shawl pun tengah banyak sekarang ini. Rugilah kalau tak ada dalam koleksi tudung. Asyik beli sparkle ombre scarf ini di Nilai 3. Dengan harga hanya RM10! Murah teramat sangat. Tops yang Asyik pakai itu pun dari Nilai 3. Asyik memang peminat printed design. Cardigan pula dari Zalora. Lilly grey shoes dari Monobo. Bag from Kitschen. Yang pasti semuanya dengan harga yang berpatutan.





Till Next Entry.
xoxoxo

Laki-Laki - Movie

$
0
0
Assalamualaikum,
Selepas satu persatu kejayaan filem yang ditayangkan, kali ini MIG tampil dengan filem komedi terbaru iaitu LAKI-LAKI. Selepas kejayaan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower, kali in MIG mengetengahkan filem bergenre komedi untuk disajikan kepada penonton.

Filem ke-87 terbitan MIG ini membariskan pelakon-pelakon antaranya Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak, Azrel Ismail, Zaibo, Kamal Faridz dan Mikael Andre. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri. Selain itu, lokasi pengambaran filem ini dilakukan sepenuhnya di Pulau Pangkor, Perak selama 23 hari.


Sinopsis Filem

5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. Razak (Zul), Abu (Angah), Azman (Azriel), Samad (Mie) dan Jerry (Adey) mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang kawan baiknya. Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat. Dan Jerry, seorang penyanyi rock telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima-lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu tragedi terjadi dan mereka terdampar di sebuah pulau terpencil. Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing-masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

Adakah mereka akan diselamatkan? Saksikan kisah 5 lelaki ini dalam filem Laki-Laki pada 19 Disember 2013. (4 bintang untuk filem ini dari Asyik) Kelakar giler. Boleh layan untuk hilangkan stress.






David Teoh pun berlakon juga hokeyy.

Sekitar Pra-Tonton Filem Laki-Laki

Perbincangan yang serius nampaknya disini. hehe



Photographer of the day Asyik dan Giorgio. Chef Nik Michael Imran tu tetiba jer ada sekali. haha

Till Next Entry.
xoxoxo

Kehebatan Double Stemcell

$
0
0
Assalamualaikum,
Semua sudah sedia maklum tentang kehebatan Double Stemcell. Tapi kalau masih ada yang belum mengetahuinya bolehlah baca sekarang. Kebaikannya memang luar biasa.


What is Double Stemcell?

PHYTOCELL™ Double Stemcell contains different types of plant cell combinations by Swiss phyto stem cell technologies - PhytoCellTec™ MalusDomestica (apple stem cell) and PhytoCellTec™ Solar Vitis (grape stem cell), and is further enriched with nutrient-rich Acai berry and blueberry. It nourishes your skin from the inner level to give you a significant and effective result. DOUBLE stemcell also rejuvenates and activates body cells to raise energy and improve vitality. It is a safe, natural and convenient product for both women and men.

The Advantages of PhytoCellTec™ Technology

This innovative technology developed by Mibelle Biochemistry includes the following advantages:
- Able to cultivate rare and endangered plant stem cells while honouring the Mother Nature
- The supply of ingredients are not affected by the seasons and market demand
- Ingredients are free of pollutions and chemicals
- A constant concentration of metabolite substances in stem cell

The ingredients of Double Stemcell

PhytoCellTec™ MalusDomestica (apple stem cell) Uttwiler Spatlauber Swiss apple is a rare 18th-century species of apple tree which is capable of self-healing and has greater sustainability. It was discovered by Mibelle Biochemistry research team, and later the scientists of Mibelle Biochemistry have successfully developed the stem cell of Uttwiler Spatlauber Swiss apple. Unlike other species, Uttwiler Spatlauber Swiss apple’s stem cell has greater vitality. Research studies have shown that, a 0.1% concentration of PhytoCellTec™ could activate and regenerate 80% stem cells in human body. Besides, the epigenetic factors and metabolite substances found in PhytoCellTec™ MalusDomestica Apple Stem Cell have made a contribution to longer cell lifespan and greater stem cell protection. This magnificent result of apple stem cell has pushed the anti-ageing therapy to a new level. The unique effectiveness in anti-ageing and activating cell regeneration has made the product popular among celebrities, for example, the First Lady of the United State, Michelle Obama, Helen Mirren and Jennifer Lopez. (Source)

Product efficacy

- Delays ageing process
- Enhances health and vitality
- Repairs and rejuvenates cell
- Maintains acid-base balance within body
- Anti-oxidation
- Boosts immune system


Untuk keterangan lanjut atau mahu mencuba Double Stemcell boleh hubungi:

WhatsApp Kak Zu : 0134633693
dan Like FB PageMy Beauty Corner untuk lebih info.

Till Next Entry.
xoxoxo

Look Post: Pinky Jelly

$
0
0
Assalamualaikum,
Perempuan memang takkan pernah lari dari sukakan warna merah jambu ataupun pink. Warna yang selalunya menonjolkan kelembutan. Begitu juga Asyik memang antara salah seorang yang sukakan warna merah jambu. Tak kisahlah merah jambu terang ataupun pastel. Semua Asyik suka. 

Sebenarnya dah lama nak beli blazer/jacket tapi selalunya tidak menepati citarasa sangat. Tapi sejak kenal dengan satu laman website yang best ini memang memudahkan untuk beli baju yang memang memuaskan hati. Nile.com.my menjual pelbagai jenis barang. Semua ada, dari pakaian hinggalah ke barang elektronik. Harganya pula sangat berpatutan.

One Buckle Quality Woman Jacket/ Office Wear yang Asyik pakai ini sangat selesa. Material: Cotton Blend. Harga pula tak lebih dari RM40. Satu lagi Mix Color Sleeveless Chiffon Dress pun sangat selesa. Fabric: Chiffon. Harga pula tak lebih dari RM30. Seriously sangat murah dan berpatutan.


Aksesori dari H&M. Bag unbranded. Shawl unbranded.



Till Next Entry.
xoxoxo

“My Beauty Resolutions for 2014!”

$
0
0
Assalamualaikum,

Hello Everyone, 
Would like to know about my beauty resolution for 2014? But firstly you have to know about this awesome skincare and cosmetics name YADAH. One of the best natural cosmetic from Korea.

All Yadah products are certified by the Korean FDA and are formulated to be hypoallergenic and non-comedogenic with a mixture of botanical ingredients that are natural, organic and some with *Ecocert authentication. They are suitable for all skin types, even sensitive and troubled ones especially for teenagers and young adults.  The gentle yet effective formulas are 100% free from artificial colouring, preservatives, mineral oil, sulphate and do not contain animal extracts of any kind.

“My Beauty Resolutions for 2014!”

1. Take better care of my skin - My skin sometime look dry so I have to take care my skin to make it natural and healthy. Maybe I should try Yadah Pure Green Set.


2. Clean out old make up - Remove all makeup which already expired and replace with Tintin set moist from Yadah.

3. Sleep well for sparkling eyes - Keep using eye mask for better looks.
4. Walk straight, sit tall.
5. Look healthier by being healthier - Eat healthy and fresh foods.

I hope my beauty resolution for 2014 will be come true.


Let's join together this event with The Butterfly Project, SASA and Yadah Malaysia to discover about natural goodness of Yadah skincare and cosmetics.

Till Next Entry.
xoxoxo

Tokan Movie - Malam Gala

$
0
0
Assalamualaikum,

Selepas kejayaan menerbitkan filem Aku Ada Kau Ada, PENCIL PICTURES & RECORD SDN BHD kembali dengan sebuah filem aksi berjudul TOKAN. Walaupun masih lagi baru di dalam dunia penerbitan filem, ianya bukan menjadi satu alasan untuk tidak sama-sama menghasilkan karya-karya yang terbaik dalam industri perfileman tempatan. Syarikat penerbitan yang diketuai oleh Dato' Normashayu Puteh ini sentiasa mencari peluang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan filem yang lain dan ini terbukti dengan terhasilnya filem Tokan ini.

Tokan diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat besar iaitu Ghaz Abu Bakar. Kreativiti serta kebolehan yang ada pada beliau menjadikan Tokan mempunyai sentuhan yang lain dan mempunyai elemen-elemen dramatik yang luar biasa. Tokan membariskan pelakon-pelakon hebat Malaysia antaranya Zizan Razak, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Ianya turut dikuatkan dengan menampilkan pelakon hebat yang disegani iaitu Wan Hanafi Su dan juga pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Wanna Ali.

Melihat pada gabungan artis yang menjayakan filem ini pastinya sesuatu yang terbaik dihidangkan kepada penonton semua. Melaka dan sekitar Kuala Lumpur menjadi latar lokasi utama bagi filem ini. Metrowealth Sdn. Bhd menjadi syarikat pengedar, pemasaran serta promosi untuk filem yang membelanjakan sekitar RM2 juta untuk kos keseluruhan pembikinan.
Sinopsis filem TOKAN

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua TOKAN di Malaysia, termasuklah Tuan Kamli (Wan Hanafi Su). Tuan Kamil adalah bapa kepada Suri (Liyana Jasmay) dan Wana (Wanna Ali), juga merupakan seorang TOKAN terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe (Zizan Razak).

Mat Lobe merupakan antara TOKAN yang paling muda di antara TOKAN lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri, Wana, Yusof (Pekin Ibrahim) dan Solihin (Soffi Jikan) juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe.

Solihin adalah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal untuk memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya.

Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di sebuah kilang yang dimiliki oleh Tuan Kamil. Setelah bekerja beberapa bulan di kilang tersebut. Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri. Yusof telah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil.

Selama khidmat bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehinggalah pertemuannya dengan Rano (Johan As'ari). Rano, adalah seorang tentera yang telah menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Apakah kesudahanya, Tokan akan merungkai seganya mulai 26 Disember 2013 ini. Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda. Filem ini Asyik bagi 4 bintang. Setakat ini memang memuaskan hati bila tengok kerana jalan ceritanya memang menarik.
Sedutan dari filem Tokan.
Sepanjang Malam Gala TOKAN.
Johan As'ari, Wanna Ali dan Zizan Razak.


JuzzThin dan Waris. Penyanyi lagu tema Tokan.

Liyana Jasmay pun ada. Sweet gilos.

Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim pun lagi lah sweet bersama Giorgio Izas selaku photographer of the day.

Asyik dengan Uqasha Senrose.

Soffi Jikan cool giler.

Warisss... Bertingkek-tingkek rasanya. haha

Zizan Razak..wehuuu..dapat juga jumpa dia. Perangai sama jea dalam raja lawak itu. haha. Melawak suka hati dia jea.


Trailer Tokan.

Till Next Entry.
xoxoxo

Cerita Sebenar Mengenai Bibah! - Telemovie

$
0
0
 Assalamualaikum,
Just under 4 years old, Kash Pictures, lead by Prakash Murugiah & Mynn Lee has created a series of ground breaking shows such as English TV Drama series, Crossings; Kid’s Travel show, The V Squad; Tamil mini-series, Anjali; Telemovie Mama-Mama Mia and Premium Box Office made for TV movie, Selagi Masih Ada to name a few. Till today, Crossings which was produced in 2010 continues to be set as a benchmark for local producers by ntv7 while our latest shows, Mama-Mama Mia and Anjali has garnered one of the highest ratings for our clients in 2013.

Now eager for a new challenge, Kash Pictures are setting their sights on producing films whilst continuing to create ground-breaking shows on TV. Now they are producing telemovie 'Cerita sebenar mengenai Bibah'.

'Cerita Sebenar Mengenai Bibah' will be launching on 8.30pm on 30th December 2013, at TV9 in conjunction with New Year’s Day 2014.
ACTORS
Bibah - Siti Saleha
Hazril - Pekin Ibrahim
Nini - Tunku Norhanis

Synopsis
Habibah Mansor (Bibah) is the best and most savviest IT helpdesk operator in the history of Permata Holdings Berhad. Nevertheless, she is anything but confident when it comes to love… On one especially lousy day when Bibah was feeling bad about herself, Bibah jokingly decides to describe herself as “A Perempuan Melayu Terakhir” to a smitten caller in an effort to make herself feel better! However, when the caller, the newly hired Vice President of Permata Holdings Berhad asks her on a date, Bibah panics and talks her beautiful and tall colleague Nini, the “Ratu Kebaya” of Permata Holdings Berhad, into assuming her identity! Thus… setting an escalating series of hilarious misunderstandings and romantic crises!
Would like to know more about this telemovie please refer my previous entry HERE.


Tak sabar nak tengok muka sendiri dalam tv macam mana. haha Mesti kembang giler. Korang pun jom support telemovie Malaysia yea.

Till Next Entry.
xoxoxo

Beauty Review : Fusion Beauty Ultraflesh Shinebox

$
0
0
Assalamualaikum,
Asyik nak berkongsi dengan korang tentang produk dari Fusion Beauty. Highlight and Shimmer Collection dalam box ini ada 5 piece set. Two cream shimmers, two highlighter eyeliner and one enhancer powder. ULTRAFLESH shine box sangat praktikal untuk kita bawa setiap hari kerana design yang dibuat sangat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana.

Size nya pun kecil sebesar smartphone anda sahaja.

Ada 3 bahagian dalam box ini.

Satu bahagian untuk enhancer powder ataupun blusher, cream shimmer and highlighter eyeliner. Sangat praktikal kan.

Texture pula sangat halus, licin dan berkilat. Sesuai untuk kegunaan harian ataupun ke majlis-majlis tertentu.

Nude color sesuai untuk semua.

Review UltraFlesh Shinebox
Sebelah kiri mata, Asyik sapukan enhancer powder dan sebelah kanan tidak disapu apa-apa. Boleh nampak perbezaan disitu kerana sebelah kiri sedikit berkilat. Enhancer powder ini boleh juga digunakan sebagai eyeshadow.

Selepas itu kedua-dua belah mata Asyik telah sapukan cream shimmer.

Kedua-dua cream shimmer telah digunakan dan juga sedikit highlighter eyeliner.

Hasilnya sangat natural dan tidak terlalu berlebihan untuk kegunaan harian. 

PRICE: RM106.50 (After discount)

Boleh dapatkan di http://my.strawberrynet.com

Till Next Entry.
xoxoxo


*This product were send to me for product review purposes. Colors might be different from the original depends on the lighting.

DOUBLE STEMCELL: KESAN BERGANDA UNTUK KULIT MENAWAN

$
0
0
Assalamualaikum,
Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel-sel baru serta pembaikan sel lama ( yang telah rosak/cedera ) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.


KEUNIKAN DOUBLE STEM CELL :- Cara pemakanan yang unik dan mudah diamalkan, terus diserap ke salur darah.


Hanya dengan 1 produk, pelbagai masalah dapat diatasi & pasaran untuk double stemcell masih luas. Jadi rebutlah peluang ini dan jom ubah kehidupan biasa menjadi luarrrr biasaaaaaaa ! ! ! ! Hubungi Asyik di WhatsApp : 011-2342 6247. 

Lakukan sesuatu untuk perubahan di tahun baru 2014. Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.
Till Next Entry.
xoxoxo

Look Post : Refreshing Year of Green

$
0
0
Assalamualaikum,

You can't change who you are, but you can change what you have in your head, you can refresh what you're thinking about, you can put some fresh air in your brain. - Ernesto Bertarelli

Happy New Year Everyone. Let's start with new journey.



Till Next Entry.
xoxoxo

Rewards for the Hardworking

$
0
0
Assalamualaikum,
Setiap kejayaan pasti dimulakan dengan usaha yang gigih. Tanpa usaha pasti kejayaan tidak akan berada di dalam genggaman. Banyak perubahan yang boleh berlaku dalam kehidupan sekiranya kita tidak mudah berputus asa dan sentiasa memandang ke depan demi untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Kejayaan yang kita dapat bukan datang dalam sekelip mata malah kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Sepanjang 2013 pelbagai dugaan yang Asyik alami. Dari situ juga mengajar Asyik untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan walaupun kadang-kadang keputusan yang dipilih sebenarnya salah. Tapi takpe itu semua akan menjadi pengajaran untuk kita selepas ini. 

Yang penting kita perlu menghargai diri sendiri. Untuk membalas segala usaha itu cuba hadiahkan sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Macam apa yang Asyik buat ini. Belilah sesuatu yang baru untuk tahun yang baru. Seperti memberi aura dan semangat yang baru untuk terus berusaha tanpa putus asa. Dalam hidup kalau tak ada dugaan memang bukan hidup namanya. Jadi hargailah diri kita sendiri walau bagaimana susah pun dugaan itu. Yang penting jangan lupa tanggungjawab yang wajib dilakukan. Ingatlah rezeki itu dari Allah S.W.T. Hadiah apa yang Asyik beli untuk diri? Jom tengok kat bawah.

Asyik beli accessories case ini di Daiso. Senang dan mudah nak letak barang makeup. Taklah lepas ini berterabur barang.

Rainbow Cookies dari Dessertzbymc boleh dapatkan dibutik SincerelybyUs di Shah Alam. Ini pun salah satu cara untuk hargai diri, makan makanan yang sedap dan cantik. hehe

Asyik beli Tops ini di Brands Outlet. Pakaian baru untuk tahun yang baru.

Tudung kegemaran Asyik dari Sugarscarf. Senang dan mudah untuk digayakan.

Jane Moroccan Purple nama diberi. hehe


Tutuskirt dari Butik Uyyun di Shah Alam. Butik baru dari blogger Uyyun. Cantik koleksi pakaian yang dijual. Memang dah lama cari tutuskirt yang berkualiti dan di Uyyun juga rezekinya.

Material yang diguna sesuai untuk wanita muslimah. Tak jarang dan tak ketat.


Ini cara Asyik menghargai diri sendiri. Mungkin cara kita berbeza tapi tujuannya tetap sama iaitu menghargai diri sendiri. Hadiahkanlah sesuatu untuk diri anda.

Till Next Entry.
xoxoxo

New Year Gift from Sabby Prue

$
0
0
Assalamualaikum,
If you follow Sabrina from http://sabbyprue.blogspot.com maybe you know that before this she goes to Perth and bought something to her readers. You can get the stuff by joining the giveaway that she create. And now I am the winner for Perth Giveaway from Sabby Prue blog. Wehuuu.. Alhamdulillah. Thank you Sabrina for choosing me and thank you for the awesome gift. Would like to know what gift that I get? Let's see picture below.



ADRIANO ZUMBO Choc Raspberry Macarons Mix. Adriano Zumbo is the talented patissier from Australia who is also one of the contestant in Masterchef Australia. Who want to try macarons that I will made? hehe..Stay tune.

TYPO Crafty Note. Easy for me to take note after this.

LUSH The Godmother Soap. The smell is like candy. Love it.

MAYBELLINE 24hr Color Tattoo Metal in Inked In Pink. I love the color and texture. Very smooth and 'tahan lama'!!.Will do a review about this.

TARGET Stud Earrings. Yeayyy.. I have new earrings this year. I have a pair of butterflies, pair of bees and flowers. Perfect!! Thank you Sabby Prue. The new year started very well.

Till Next Entry.
xoxoxo

Look Post : Tutu Skirt

$
0
0
Assalamualaikum,
Tutus are the skirts used by ballet dancers when they perform, and by little children when they play dress up or pretend. Tutus must fit well, and be beautiful as well as durable. The sizes are basic, with an elastic waist and full tulle materials, and they can be made in any color or pattern desired.(Source) So, to fit with muslimah style tutu skirt have to be long and not transparent. Now I found tutu skirt that I want. Check this out.





Outfits: 
Shawl : Sugarscarf
Tops : Brands Outlet
Bag : Acewin
Tutu Skirt : Uyyun

Till Next Entry.
xoxoxo

Beauty Review : SO NUDE by COLORsensational MAYBELLINE

$
0
0
Assalamualaikum,
First impression when I saw this lipstick is the beautiful colors. This color is so pretty and feels great on the lips!. It's also great for everyday wear. You can add a little bit of concealer to get more of a nude color.





SO NUDE Lipstick by COLORsensational MAYBELLINE
Price : RM25
Where you can buy: Watson
My Rating : 4.5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Look Post : Ribbon Dress

$
0
0
Assalamualaikum,
“Life is the art of drawing without an eraser.” - John W. Gardner


“Art doesn’t have to be pretty. It has to be meaningful.” - Duane Hanson


“Art is not what you see, but what you make others see.” - Edgar Degas

“Art is literacy of the heart” - Elliot Eisner

“Go and make interesting mistakes, make amazing mistakes, make glorious and fantastic mistakes. Break rules. Leave the world more interesting for your being here. Make. Good. Art.” - Neil Gaiman

Photographer : Giorgio Izas
Location : UiTM, Jalan Othman (Master's Show Fine Art student 2014)

Outfits:
Shawl : Sugarscarf
Ribbon Dress : Ilovebaheera
Accessories: Forever21
Bag : Acewin

Till Next Entry.
Love, Asyik.
Viewing all 420 articles
Browse latest View live


Latest Images